Wednesday, July 7, 2010

aku dan kamu

dedikasi sebuah puisi.....di angin lalu..antara aku dan kamu...

bila waktu telah berakhir
bila masa berhenti berdetik
bila angin mula bertiup
bila mentari mula memancar
bila api mula membara
bila embun mula menitis
bila airmata mula menitis di pipiku
bila rindu mula bertamu di jiwaku
bila rindu ku sebut namamu
bila sendu bertapak di kalbu
bila rindu mula berbisik
bila hatiku sudah padamu
bila terpatri sebuah janji
bila restu sudah diberi
bila kompang sudah berbunyi

bila zaini menaiki pelamin...
ku disini doakan kebahagiaan hakiki

bila mimpi dan angan-angan jadi kenyataan
bila jodoh telah ditetapkan oleh yang Maha Esa
kusyukuri segala kurniaan-Nya
kuturut doakan kebahagiaanmu buat selamanya....

antara kau dan aku...kita mungkin terpisah diantara benua....
namun, dalam sudut hati 
namamu akan sentiasa terpatri....
kerana dirimu sebahagian daripada perjalanan hidupku.... 
sayang kamu zaini.....semoga kisah kita kau abadikan sepanjang zaman....

ikhlas,


No comments:

Post a Comment