Thursday, May 27, 2010

sebuah ceritera



lama dah tak landing sini...agak ketandusan masa mencoret segala perkara dan kisah semenjak menjadi sebahagian daripada warga hulu klang. siang malam diisi dengan rutin....walaupun online..namun payah nak singgah...adakah itu namanya terlampau sibuk??oh..sungguh sekali bukan...cuma kesempatan tidak diisi untuk berada di sini.atau mungkin kadang-kadang tiada pekhabaran ingin dikongsi....atau mungkin....kemahiran memerah otak agak goyah pada masa ini...oh..alasan belaka..huhuhuhu.....apa-apa pun...hari ini adalah satu nikmat, hari semalam adalah satu kenangan dan esok merupakan satu perancangan yang belum pasti terjadi.

sekian sebulan sudah menetap di tempat baru, banyak perkara mengenai kehidupan menjadi intipati dalam mengisi hari-hari yang telah berlalu...

bermula sebagai seorang warga pendidik yang belum diiktiraf, namun itu semua bukanlah masalah......menjadi misi kepada tuntutan pelbagai ilmu yang menarik...selama ini mungkin pekhabaran mengenai perilaku guru sekadar menjadi coretan yang didengar oleh halwa telinga, namun kini ia menjadi duri yang perlu ditempuhi....namun, apa yang pasti, kepuasan itu tetap dimiliki. jiwa terisi dengan pelbagai ragam anak didik. yang baru celik mengenal angka dan huruf. yang baru pandai bertutur menyebut a hingga z, yang baru mula memikir angka dan numerasi...sungguh...keseronokan sentiasa tercipta bila kita sedari makna jiwa seorang pendidik. segala perkara difikir secara logik dan positif, diterima akal dengan emosi yang diadun sebati..menjadikan diri lebih peka,lebih mahir berdepan dengan segala perkara. itu menjadi resepi mengapa diri ini bisa terus berdiri.

3 perkara harus diteladani....

pertama, bentuklah tingkah laku anak didik,usir segala perbuatan yang membawa petaka baik secara fizikal mahupun moraliti, nescaya anak itu pasti mengerti makna seorang insani yang berbudi..

kedua kemahiran berfikir, asah minda anak itu menjadi kritis dan kreatif. dedahkan kehidupan mereka dengan pelbagai fenomena yang mendorong daya logik dan mengguna akal dalam membuat sesuatu sebelum bertindak,nescaya anak itu mengerti baik buruk sesuatu perilaku

ketiga, akademik itu perlu seiring. anak perlu mendalami pelbagai ilmu dari sekeci-kecil pengetahuan mengenai apa itu dan apa ini sehingga kepada perkara besar yang lain, nescaya anak itu lengkap ilmu untuk peringkat semuda sekarang.....

3 teladani bingkisan begitu bermakna diberi oleh seorang guru..itu resepi kepada kejayaan yang lebih unggul...sungguh..ia bakal membantu sebelum menjejakkan kaki menjadi seorang guru yang teriktiraf bukan oleh kerajaan tetapi oleh para pelanggan iaitu anak didik, ibu bapa dan masyarakat....

seterusnya....
menjadi seorang wanita adalah perkara paling bernilai dalam hidup dan nilai itulah yang menjadikan diri sentiasa dikelilingi dengan suasana yang menyesakkan jiwa. membayangkan jam keluar rumah seawal 6.30pagi, melangkah menyusuri lorong pejalan kaki sebelum tiba di destinasi seolah-olah mengira detik bagi segala isi nyawa diakhiri... dengan pemandangan yang tidak sedap mata memandang, perilaku manusia tanpa akal menjadikan diri sentiasa dirundung ketakutan membuatkan semangat sering melayang. sungguh..inilah cabaran terhebat bila berada di perantauan, jauh dari pandangan mata orang tua.membuatkan diri hanya berserah pada ajal dan maut yang ditentukan oleh Dia....... dalam hati hanya mampu berdoa semoga dijauhi segala petaka yang bisa membuat diri pergi tanpa ganti......

kenalan, rakan dan taulan....insan-insan ini menjadi kekuatan sebenar selama ini..sungguh...sahabat yang baik jangan disia-siakan.....persahabatan adalah perkara paling bernilai...tanpa sahabat belum tentu diri mampu berdiri....merekalah tempat mengadu berkongsi rasa. terima kasih teman-teman seperjuangan...hanya itu mampu diabadikan

cerita menarik...bakal mengira detik 5 ogos..saat yang dinanti setelah sekian lama begelumang dengan helaian kertas, pen berdakwat,bilik kuliah, projek-projek,dan sebagainya kenangan dan pengalaman berharga...detik itu menjadi titik pada perjalanan sebagai seorang siswi..nampak mudah namun laluan begitu sukar untuk mengecap waktu itu...itulah bayaran yang ditunggu selama ini....sebuah bayaran untuk diri dan keluarga.... thanx god for let me be here.....

kisah-kisah romen sudah tentu bukan perkara senang untuk ditinggal.ia bukanlah perkara menarik namun mungkin sebagai satu cebisan daripada sebuah kehidupan. mendampingi beberapa orang pemuda... itu hikmah sebuah pengenalan.....namun, perbezaan tidak sukar untuk dikenalpasti menjadikan diri terus setia pada yang satu....sungguh, walau ada yang mampu mencuit rasa..tetapi biarlah ia pergi demi sebuah kehidupan yang lebih pasti.....

tercoret seribu kisah,rasa dan pedoman diri.......menjadi bekalan dalam meniti hari yang bakal mendatang....